aigooo.. serabut2 .. pening memikirkan, pening untuk menyelesaikan. tandanya kita insan yang tiada daya, insan lemah yang hina. semuanya dgn izin Dia , semuanya dgn kurnia yang esa. selesa kita, damainya kita, susah kita sengsaranya kita semua dari dia yang kuasa.
bila di timpa musibah, kita bertanya.. ya allah musibah apakah ini? dimana silap ku? apakah kau tidak mengasihani ku?? kita bertanya sedangkan segala pertanyaan itu ada dalam diri kita.. kita nabusia yang punya ego tiada mahu rasa bersalah. pasti apa yang berlaku berpunca dari kita. andai tidak, yakin lah itu semua adalah ujian dari Dia yang esa sebagai tanda kasihnya Dia.
mengapa orang sering berkata sabarlah wahai si fulan, ujian ini adalah tanda kasih sayang dari allah kepada kita..?? jawapan saya, bilamana kita diuji dengan kesusahanm kita akan mencari Dia untuk kita menceritakan dan kita adukan, kita akan lebih mendekatkan diri kepadanya.. kita akan lebih sentiasa mengingatinya. oleh itu... segala ujian yang allah turunkan adalah untuk memperingatkan kita hambanya yang semakin lali dgn kemewahan dan kesenangan yang sementara. betapa kasihnya Dia.
ya allah. aku insan hina yang tiada daya kecuali dengan kurnia Mu. permudahkan lah aku dalam menghjadapi segala ujian yang telah engkau tetapkan. kuatkan lah aku, bimbing lah daku, kuatkan lah daku. hanya padaMu aku memohon, hanya kepada Mu aku meminta..
No comments:
Post a Comment