Friday, August 5, 2011

aku aku dan aku

bangun pagi, siap-siap pastu tunggu van ... lepas zuhur, terus masak persiapan untuk berbuka... lepas asar packing makanan.. lepas maghrib rehat. lepas isya' teraweh... lepas teraweh tadarus... hari minggu bgn pukul 3, masak untuk sahur..

jadual harian ku.

sibuk. tapi alhamdulillah, kesibukan ini mengajar aku berjuta pelajaran.

teringat dahulu. kadang sebelum subuh, kadang selepas subuh, mak sering mengajak aku menemaninya pergi kepasar memberi barang, tapi aku sering mencari alasan ntuk mengelk dan mengelat. kini, baru aku fahami kesusahan mak. bangun awal pagi, mencari rezeki, mendidik anak, membesarkan dan memberi kecukupan.. allahh

sayu seketika.. andai aku di izin kembali ke masa silam. nescaya, saat mak memanggil untuk menemaninya, aku akan terus bergegas, aku akan terus berlekas. susahnya untuk mencari rezeki. apatah lagi punya tanggungan yang ramai..

allahh.

berikan kesempatan kepadaku untuk bersama mak dan ayah. agar dapat aku berbakti kepada mereka. walau aku tahu, baktiku takkan ckup utk membalas jasa mereka, tapi sempatkan lah aku ya allah...

rindu mak dan ayah.. :(

1 comment: