Friday, August 5, 2011

aku aku dan aku

bangun pagi, siap-siap pastu tunggu van ... lepas zuhur, terus masak persiapan untuk berbuka... lepas asar packing makanan.. lepas maghrib rehat. lepas isya' teraweh... lepas teraweh tadarus... hari minggu bgn pukul 3, masak untuk sahur..

jadual harian ku.

sibuk. tapi alhamdulillah, kesibukan ini mengajar aku berjuta pelajaran.

teringat dahulu. kadang sebelum subuh, kadang selepas subuh, mak sering mengajak aku menemaninya pergi kepasar memberi barang, tapi aku sering mencari alasan ntuk mengelk dan mengelat. kini, baru aku fahami kesusahan mak. bangun awal pagi, mencari rezeki, mendidik anak, membesarkan dan memberi kecukupan.. allahh

sayu seketika.. andai aku di izin kembali ke masa silam. nescaya, saat mak memanggil untuk menemaninya, aku akan terus bergegas, aku akan terus berlekas. susahnya untuk mencari rezeki. apatah lagi punya tanggungan yang ramai..

allahh.

berikan kesempatan kepadaku untuk bersama mak dan ayah. agar dapat aku berbakti kepada mereka. walau aku tahu, baktiku takkan ckup utk membalas jasa mereka, tapi sempatkan lah aku ya allah...

rindu mak dan ayah.. :(

Thursday, July 28, 2011

peringatan untuk aku dan kamu

assalamualaikum.

bismillahirrahmanirrahim. dengan nama allah aku mulakan moga ada berkat dan rahmatnya.

terasa ingin banyak utk dikongsi dan dicerita, tapi tiada mampu untuk dinyata,

masa pantas berlalu, pejam dan celik mata terus berdetik. jika tadi jam menunjukkan pukul 12.32, sekarang sudah 12.33. masa akan terus berlalu kedepan, tidak akan berpatah balik walau sedetik...

kadang akan berfikir, kadang hati berdetik, timbul persoalan , mencari jawapan.

kadang bertemu, kadang dibiar berlalu seperti debu dihembus angin, ombak membadai pantai.

susah ibarat guru, mengajar menyampai pesan kehidupan. mengejar kemewahan rosak kehidupan, yang halal di haramkan, yang haram dijadi halal.
susah memberitahu, kesenangan tiada akan kekal, ianya hanya pinjaman.
susah juga berpesan, tiada guna wang berjuta andai hidup resah gelisah.

miskin bukan pada harta. miskin hanya bagi jiwa yang kosong tiada apa.

Thursday, July 21, 2011

aku dan kisah aku

dalam kesusahan pasti ada kesenangan, dan begitu lah sebaliknya. hidup tak sentisa di janji bahagia, duka yang melanda mengajar makna gembira.

kehidupan penuh persoalan, perjalanan yang panjang akan mengurai helaian jawapan.

kadang kita tiada terduga, panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, kadang angin sepoi-sepoi bahasa berubah menjadi taufan yang membinasa.

setiap kisah punya hikmah, perlu di teliti,

Wednesday, July 13, 2011

ujian

sepeerti banyak ingin di kongsi, tapi kini tiada lagi .
seperti ingin bercerita kepada semua, tapi tiada kata mampu diluah,
seperti ingin ku menangis, tapi tiada air yang mengalir

tapi
aku yakin, Dia mesti mengetahui,
Dia mesti memerhati
Dia ingin menguji

langkahku perlu kembali diatur
langkahku perlu lagi bersemangat
ujian ini hanya ingin menguji..

Tuesday, June 28, 2011

rindu ayah.. :)

bila diminta ayah mendoakan, sering kali ayah mengatakan, ayah seniasa mendoakan anak-ank ayah berjaya dalam setiap perkara. tapi bila di tanya kepada si anak, berapa banyak kau mendoakan ayah? tiada jawapan yang mampu di berikan.

ayah seorang insan yang banyak baktinya, walau kadangkala si anak tidak begitu akrab dengan ayah seperti akrabnya dgn ibu, namun ayah sentiasa ada utk mendoakan dan sentiasa ada untuk berkorban kepada sang anak.

bila kejauhan rindu sering mengundang. kata orang rindu tandanya sayang. wallahi, tgh merindui ayah dan mak di kejauhan.

ya allah, sempatkan lah aku bersama mereka, mencurah bakti dan membalas budi, walau aku tahu tidak akan terbalas budi mereka, tapi sempatkan lah aku ya allah.

Saturday, June 25, 2011

dengan mengingati allah hati akan menjadi tenang

aigooo.. serabut2 .. pening memikirkan, pening untuk menyelesaikan. tandanya kita insan yang tiada daya, insan lemah yang hina. semuanya dgn izin Dia , semuanya dgn kurnia yang esa. selesa kita, damainya kita, susah kita sengsaranya kita semua dari dia yang kuasa.

bila di timpa musibah, kita bertanya.. ya allah musibah apakah ini? dimana silap ku? apakah kau tidak mengasihani ku?? kita bertanya sedangkan segala pertanyaan itu ada dalam diri kita.. kita nabusia yang punya ego tiada mahu rasa bersalah. pasti apa yang berlaku berpunca dari kita. andai tidak, yakin lah itu semua adalah ujian dari Dia yang esa sebagai tanda kasihnya Dia.

mengapa orang sering berkata sabarlah wahai si fulan, ujian ini adalah tanda kasih sayang dari allah kepada kita..?? jawapan saya, bilamana kita diuji dengan kesusahanm kita akan mencari Dia untuk kita menceritakan dan kita adukan, kita akan lebih mendekatkan diri kepadanya.. kita akan lebih sentiasa mengingatinya. oleh itu... segala ujian yang allah turunkan adalah untuk memperingatkan kita hambanya yang semakin lali dgn kemewahan dan kesenangan yang sementara. betapa kasihnya Dia.

ya allah. aku insan hina yang tiada daya kecuali dengan kurnia Mu. permudahkan lah aku dalam menghjadapi segala ujian yang telah engkau tetapkan. kuatkan lah aku, bimbing lah daku, kuatkan lah daku. hanya padaMu aku memohon, hanya kepada Mu aku meminta..

Monday, June 20, 2011

dialog bersahaja

kehidupan itu proses pengajaran dan pembelajaran, pasti ada silap dan salah dalam kita belajar, oleh itu bila sekali kita silap, jgn kita terus kecewa, jgn kita terus putus asa, kerana kehidupan belum berakhir selagi mana nyawa masih dikandung badan.

penyesalan membuahkan satu kekuatan, tapi kekuatan bila tak disertakan dengan perubahan, tiada apa manfaat yang diperolehi dengan penyesalan itu.

setiap apa yang berlaku adalah dengan izin dan perintah allah. pasti akan ada hikmahnya, pasti ada lebihnya dengan setiap apa yang di kurniakan.

Tuesday, June 7, 2011

dialog seorang diri.. :)

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, sejuta kesyukuran ku panjatkan kehadrat allah atas segala nikmat yang tiada terhingga, andai di tebang seluruh tumbuhan utk dijadikan pena, dan seluruh lautan sebagai dakwatnya, nescaya tiada akan cukup semua itu untuk menulis segala nikmat dan kurnianya.

dalam tiada sedar, kini sudah hampir tiga tahun aku disudan, dan ini juga bermakna, hampir 2 tahun aku beroleh rezeki dengan kerja memasak. :) allah itu adil bukan? dia mengetahui kami tiada upaya terus dia ciptakan kami kelebihan utk kami menampung kekurangan.

selama dua tahun aku bekerja, bermacam-macam perkara yang aku perolehi, andai dulu aku hanya belajar memasak kari ikan, kini segala jenis masakan simple telah aku mahiri, contohnya kari, kurma, sup, asam pedas, sambal dan juga lain2 lagi.

alhamdulillah. tapi bak kata orang , setiap permulaan ada pengakhiran. oleh itu telah sampai pengakhirannya untuk aku meneruskan khidmat di mitco (tempat kerja aku).
walaupun kadang rasa risau akan masa hadapan ku, tapi aku yakin, allah dah takdirkan yang terbaik. mungkin inilah masa yang sesuai untuk aku mendalami ilmu di sini.

pasal rezeki, dalam seminggu ini, aku telah menerima tiga tempahan masakan, walaupun jumlahnya sikit, tapi aku kira ini adalah satu permulaan yang menunjukkan allah tiada pernah meninggalkan ku. syukur ke hadrat mu ya allah.

moga-moga aku dipermudahkan dalam segala urusan yang aku lalui. mak selalu pesan, sebelum tidur amalkan lah ini..

allah melihatku, allah bersamaku, allah mengasihaniku.

terima kasih mak, kerna bangchik dapat merasakan allah tidak pernah meninggalkan kita walau seketika.
setiap susah dan senang itu adalah ujian untuk kita terus mndekatinya.

Monday, June 6, 2011

6/6/2011

hampir tiga tahun aku disudan rupa-rupanya banyak lagi tempat yang belum aku jejakkan kaki.alhamdulillah allah izinkan student dari ukm datang praktikal disudan, selain mereka dapat pengalaman baru, aku juga turut peroleh macam-macam pengalaman.

setiapa apa yang allah takdirkan, ada hikmahnya. mungkin ketika itu belum kita ketemukan hikmahnya, insyallah akan datang akan kita temukan .jangan pernah bersangka buruk dengan takdir allah.

alhamdulillah, dengan izin allah. hari ini impian aku tercapai.. moga2 ada hikmahnya, dan moga2 ianya tidak melalaikan. dan moga2 dgn rezeki ini akan menyebabkan aku lagi mendekatiNya.