Tuesday, June 7, 2011

dialog seorang diri.. :)

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, sejuta kesyukuran ku panjatkan kehadrat allah atas segala nikmat yang tiada terhingga, andai di tebang seluruh tumbuhan utk dijadikan pena, dan seluruh lautan sebagai dakwatnya, nescaya tiada akan cukup semua itu untuk menulis segala nikmat dan kurnianya.

dalam tiada sedar, kini sudah hampir tiga tahun aku disudan, dan ini juga bermakna, hampir 2 tahun aku beroleh rezeki dengan kerja memasak. :) allah itu adil bukan? dia mengetahui kami tiada upaya terus dia ciptakan kami kelebihan utk kami menampung kekurangan.

selama dua tahun aku bekerja, bermacam-macam perkara yang aku perolehi, andai dulu aku hanya belajar memasak kari ikan, kini segala jenis masakan simple telah aku mahiri, contohnya kari, kurma, sup, asam pedas, sambal dan juga lain2 lagi.

alhamdulillah. tapi bak kata orang , setiap permulaan ada pengakhiran. oleh itu telah sampai pengakhirannya untuk aku meneruskan khidmat di mitco (tempat kerja aku).
walaupun kadang rasa risau akan masa hadapan ku, tapi aku yakin, allah dah takdirkan yang terbaik. mungkin inilah masa yang sesuai untuk aku mendalami ilmu di sini.

pasal rezeki, dalam seminggu ini, aku telah menerima tiga tempahan masakan, walaupun jumlahnya sikit, tapi aku kira ini adalah satu permulaan yang menunjukkan allah tiada pernah meninggalkan ku. syukur ke hadrat mu ya allah.

moga-moga aku dipermudahkan dalam segala urusan yang aku lalui. mak selalu pesan, sebelum tidur amalkan lah ini..

allah melihatku, allah bersamaku, allah mengasihaniku.

terima kasih mak, kerna bangchik dapat merasakan allah tidak pernah meninggalkan kita walau seketika.
setiap susah dan senang itu adalah ujian untuk kita terus mndekatinya.

2 comments:

  1. point yang akk nak hightlight dr entri awak ialah..
    firstly awak ckap awak dah x kerja akk terus rasa ni la peluang utk awk menuntut ilmu...target betul2 selepas ni 2 taahun mesti usaha habiskan diploma. jadikan itu matlamat terdekt. disamping itu dapatkan juga ilmu2 d luar jamiah...soal wang ringgt jangan terlalu dirisaukan, Allah dah janji rezeki utk kita. doaa bg dapat kerja yg x menghalang awak utk menuntut ilmu...akak sentiasa menyokong!!!
    moga Allah beri yg terbaik utk kita.
    jaga hak Allah Allah pasti jaga kita..lksana perintah tinggal maksiat

    ReplyDelete
  2. apahal naik nama saya pulak??

    ReplyDelete